hak cipta taufiqshariff photography
aaaa
By: taufiq shariff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 31-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
hidup seorang penganggur

 
 
 
View all 23 photos...























check out K.E's entry on a photoshoot we did at my schoool last monday:CLICK HERE

currently listening to BEGGIN' by MADCON

http://taufiqshariff.com/ || http://www.flickr.com/photos/taufiq/ || http://augenbild.blogspot.com/



Saturday, 19-Jul-2008 15:53 Email | Share | | Bookmark
Doktor Hafidz datang !

 
 
encik hafidz
View all 30 photos...












assalamulaikum...
kejadian ni berlaku dah lama dah.....tak sempat nak update kat fp ni, sebab lepas pada trip ni, aku bz dengan exam, hari hari bertapa dalam librabry jek. Time ni kawan aku nih encik hafidz baru abes belajar medicine kat eireland. Pastu bapak dia kasik dia duit untuk round satu europe sebelum dia balik msia. syiok betul dia. (bila bapak ko nak amek aku jadik anak angkat haaa hafidz?). Masa dia round eropah dalam masa 3 minggu tu dia singgah laa kat kampung reutlingen nih lepak lepak rumah aku.
So aku bawak laa dia jalan jalan ke stuttgart, gi mercedes muzium layan ambik gambar dengan dia.
The next day aku bawak dia gi konstanz, lan dengan ima pun join sekali time tu. Jalan jalan tepi tasik Boden, pastu boat paddling sambil melepak2 hirup udara segar kat Konstanz tu Lan sorang je kayuh boat tu, aku malas. Pastu.....makan makan......pastu balik laaa kami ke rumah.
TAMAT













tahniah encik hafidz sebab dah jadik doktor.
kalau nak tengok dia pakai baju melayu siap bertengkolok gi graduation dia kat Ireland tu, sila laaa tengok FP dia kat sini ni haaaaa : http://wmdhafidz.fotopages.com/


currently listening to perhaps, perhaps, perhaps by cake


http://taufiqshariff.com/ || http://www.flickr.com/photos/taufiq/ || http://augenbild.blogspot.com/



Habis exam aritu, aku beli game METAL GEAR SOLID 4 nih.
Main Playstation 3 kat tv FULL HD 40 inch. Memang syok gile laaa!!
grafik mantap...gameplay pun best gile....
aku memang minat MGS nih dari start dia kluar kat PS1 lagi.
MGS1, MGS2 dengan MGS3 aku dah khatam dah.....
semalam akhirnya aku dapat khatamkan MGS4 pulakkk.
PUASS PUASSSS!!!
youtube kat atas ni antara part yang paling best dalam MGS4 nih....
metal gear ray lawan metal gear rex



yang atas ni pulak fight scene paling best!!!!


Sunday, 13-Jul-2008 09:05 Email | Share | | Bookmark
hanafedora datang !

jalan jalan reutlingen dulu
 
 
View all 52 photos...

nampak tak castle atas bukit tu?kena jalan kaki sampai kaki bukit tu! pastu naik bas dari situ

group photo

pedo dan saya



co host : encik Lan

pedo = gilerr





orang london = fairuz + ria + hanafedora




assalamulaikum...
entry kali ni gambar gambar kawan saya dari london datang. Nama dia hana'fedora @pedo . Kenal dia ni masa dia buat praktikal kat germany, masa tu dia ada join malaysian student punye event kat jerman ni (i was the official photog for the event), ada entry pasal event tu dalam fotopages ni kat sini : click sini. Masa tu dia still student kat Uniten. Sekarang dia sambung studies kat London pulak. Since dia dah kat london, dia datang laa visit aku kat jerman nih. Last sekali jumpe dia ni pun dua tahun lepas kot, masa tu kebetulan kitorang makan kat tempat sama, boleh pulak dia duduk betul2 kat meja sebelah aku je masa aku tgh makan KFC dengan kawan kawan aku kat KFC SERI KEMBANGAN tu.huhuhu.
9hb julai lepas dia datang dengan dua lagi kawan dia yang best best encik FAIRUZ dengan cik RIA.Since dia datang pun kejap je, pastu tak nak spend banyak2 duit, aku dengan kawan aku Lan pun bawak laa diorang jalan gi visit castle kat Hohenzollern. Tempat ni lebih kurang sejam laa dari rumah aku. Kena naik keretapi pastu naik bas pastu jalan kaki...baru sampai! Tapi part jalan kaki laaa paling tak best sekali. Dah laa panas terik, sesat sesat, dahaga, pastu naik bukit pulak tu. Sampai PEDO pun dah mula nak emo emo... hahaha. Aku pun sama laaa...sambil menyumpah2 panjat bukit tu ''kenapa laaa aku pergi castle ni? kenapa laaa aku gi castle ni? menyesalnya!!! menyesalnyaaaaa!!! Kenapa laa aku ikut idea Lan'' nasib baik on the way masa panjat bukit tu ada teksi lalu, sempat tahan teksi. Kalau tak, kompem aku koma tepi jalan. huhuhu. Masa sesat tu pun nasib baik ada pakcik jerman yang baik hati nak tolong tunjukkan jalan ke castle tu. Bila dah sampai atas, semua orang punya emosi sudah kembali stabil. Baru laa nak gelak2, ambik ambik gambar hahaha. Seronok lerr jugak. Bila balik semula ke Reutlingen, layan makan eskrem Banana Split ramai ramai. Memang syok! Makan aiskrim sampai kenyang! The next day, sepatutnya diorang dah balik semula ke London. Tapi tersilap naik train punya pasal terlepas plak flight. Announcement tukar jadual perjalanan dalam train tu dalam bahasa jerman, malangye diorang tak faham & tak sedar. Terpaksa laa naik flight lain the next day. Kasihannn sungguh. Tapi okla jugak. at least haritu boleh bawak diorang jalan jalan tengok bandar stuttgart & makan makan. Apa apa pun memang best diorang ni datang. Sangat menarik! Thanks for coming...sila laa datang lagi !!

akhir kata, wish u all the best in pursuing your PhD cik Pedo!

More about the trip at hanafedora's blogspot: CLICK HERE


currently listening to VIVA LA VIDA by COLDPLAY


http://taufiqshariff.com/ || http://www.flickr.com/photos/taufiq/ || http://augenbild.blogspot.com/


Monday, 30-Jun-2008 16:24 Email | Share | | Bookmark
selamat pagi barcelona






















MORE :
VENICE : click here
PULAU PINANG : click here

.....nice to meet you barcelona...
bis bald !!


Currently listening to Aqualung - Pressure Suit

http://taufiqshariff.com/ || http://www.flickr.com/photos/taufiq/ || http://augenbild.blogspot.com/



Wednesday, 11-Jun-2008 21:20 Email | Share | | Bookmark
barcelona day 3 ! (final)

 
 
 
View all 55 photos...




















Entry kali ni gambar hari last aku kat barcelona dengan ashmeir, baim & ima. Harini la baru betul2 aku rasa best jalan kat barcelona ni. Weather pun best. Pagi pagi tu, check out dari apartment terus gi ke bandar barcelona. Beli tiket balik ke airpot dulu, pastu pusing2 kat bandar dia. Time kat bandar tu, kebetulan ada plak tournament beach volleyball. Layan aa kejap tengok2 & ambik gambar. Pastu pergi local restaurant. Nak rasa makan PILA made in barcelona. PILA ni cam nasik goreng + seafood orang spain. Yang aku order, dia goreng dengan dakwat sotong. Nasik dia kaler hitam. Boleh tahan sedap, tapi sikit sangat, tak puas makan . Sampai kena gi McD beli McFish. Pastu jalan2 kat Las Ramblas lagi, tengok budak 3 orang lagi carik souvenier. Aku yang jarang beli pun dah terbeli gak tshirt sehelai sebab lama sangat dok dalam kedai souviner tu sampai aku pun tersaiko nak beli gak. heh heh.
Highlight of the day was mandi laut! yess!! rasanya last sekali aku mandi pantai masa pergi tioman dengan family aku kot 2 tahun lepas. (ni haa gambar kat tioman GAMBAR TIOMAN )Tapi sebab nak kejar masa nak catch flight, terpaksa la mandi kejap je kat barcelona nih. Kejap pun jadik laaa, janji dapat merasa air laut Mediterranean tu. Tu pun dah rasa cam mamat tamil dah tu terbakar kulit, berkilat kilat muka aku. huhuhu. Erm pastu ... gi airport, balik laa kami ke jerman. Ni la antara trip aku yg paling best, and maybe my last trip kat europe ni buat masa ni. Tak tau laa ada rezeki lagi ke tak lepas ni nak merasa jalan jalan kat sini. Harap harapnye ada laaa...insyaAllah



Currently listening to firasat by marcell

http://taufiqshariff.com/ || http://www.flickr.com/photos/taufiq/ || http://augenbild.blogspot.com/



[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net